Melayu itu bijaksana kerja muafakat urusan daya tenyata bertamadun ribuan tahun atas usaha gigih dan tekun budaya Melayu pakaian berseri pegangan Tauhid jiwa terperi bukti Melayu mengalir di jiwa teguhlah muafakat Melayu segala...

MUKADIMAH

Bersempena sambutan MAULIDUR RASUL, kita usahakan bersama berhimpun, bertemu dan berpakat semoga jalinan sesama kita semakin kukuh dan erat. Kita istiharkan hari ini adalah hari kita untuk membina muafakat ke arah penyatuan dan kegemilangan MELAYU sejagat...

Sekiranya ada mengalir jiwa MELAYU di dalam tubuh Tuan Hamba, susunlah langkah hadir bersama, berhimpun kita seluruhnya berbusana pakaian Melayu tanda kita membawa setuju bahawa kita adalah himpunan MUAFAKAT MELAYU.

12 RABI'UL AWAL 1441  9 NOVEMBER 2019
HARI MELAYU SEDUNIA KE-5